Posts

Cyclo 3rd Cycle

Bismillah.
14.3 check in Hospital Serdang untuk Cyclo 3rd Cycle.
Rabu kakak takde KAFA so papa ajak terus pergi hantar Dedel dan cekpah kindy dan kakak kat Transit. 
So terus pergi rumah mama letak kereta sana dan amek grab. Parking kalau lambat memang takde lah. Nak menunggu dan mencari buang masa. Lepak rumah mama dalam kul10 baru gerak.
Sampai macam biasa register kat Hasil dan kakpating borong makanan la dulu ekeke. Naseb baik hari ni semua dah masuk sistem. Tak macam yang lepas 2-3 kali naik turun  tak masuk-masuk dalam sistem. Dapat bilik sama dengan bulan lepas. Ok lah privacy sikit ekeke
Ho dan Mo datang tanya itu ini. Masuk branula dan ambil darah. Kali ni memang pantas! Petang doktor dari team Rhuemato datang check sekejap.

15.3 pagi doktor Rheumato tu datang lagi tukar branula sebab bila genggam baru drip jalan takut bila start cyclo guna infusion pump akan pecahkan salur darah. nauzubillah. So dalam 11am start cyclo. 500ml untuk 4jam. Fuhh lega dapat discharge awal hehe.

Cyclo Cycle 2

Image
Bismillah.

14.2.2018


Hari ni kena warded untuk cyclo no.2. Lepas hantar Lil ANS pergi sekolah dan kindy, terus pergi rumah mama. Letak kereta situ dan naik uber. Sebab komfem takdak parking.
Kena register kat Hasil baru naik wad. Susah sungguh sekarang asyik takde dalam sistem. Dah bagi appointment sebulan tapi tetap takde nama. 2 kali naik takde nama last orang hasil report kat bos haha. 

Petang baru setel semua. Ambil darah dan doc pakar suruh tukar masuk isolation room sebab katil yang dapat tu terbuka sangat. Takut ada infection.

15.2.2018
Cyclo start lambat sangat! Kul4 baru nak start. Baru nak order ubat la macam-macam. 4jam baru siap + 2 jam nak monitor ok ke tak. Haihh. Nak keluar malam doc tu tak kasi. Katanya esok jela tak yah rushing. uwaaaaa.

16.2.2018
Tunggu doc datang round baru boleh discharge. Kul1130 baru boleh keluar. Mintak kat doc tak yah order ubat sebab stok belambak lagi kat rumah. Kul1230 setel. Sebenarnya malas nak tunggu ubat haha nanti kul3 baru dapat. Lepas…

February 2018

Image
Assalamualaikum!

Penat dan bosan tunggu nak register Kat Hospital Serdang. Hari ni ada appointment Nefro untuk review result biopsy. Dah tau masa warded Cyclo ritu.

Hari ni terpaksa datang sorang sebab ChePah demam. Rumah mamawan takde or
ang pulak maka papa kena jaga lah. Harap2 tak lupa ekeke. Datang lambat dapat no 1301. 200 no uihh. tapi laju je gerak. Legaaa haha.

Selamat Hari Wilayah!

Welcome lovely FEB 😘

Resepi Kari Ikan Merah

Image
Bahan bahan:
1 ekor ikan merah - size sederhana

1 paket kecil rempah kari
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
Halba campur
Cili kisar
Air asam jawa
Santan

Tomato
Cili hijau

Minyak masak

Cara cara:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar dan halba campur.

2. Bancuh serbuk kari dan cili kisar dengan sedikit air. Kemudian, tumis sehingga pecah minyak dan garing.

3. Masukkan santan dan air asam jawa.

4. Bila mendidih masukkan ikan, tomato dan lada hijau. Boleh juga gunakan bendi.

5. Biarkan seketika dan bila mendidih perasakan dengan garam dan dihidang.

SLE | Cyclo

Bismillah

9.1.2018 KakPating kena admit 3hari untuk cyclo. Ala-ala kimo bagi pesakit kanser. Untuk stabilkan sistem imun sebab SLE dah start serang saraf dan buah pinggang. Itu sebab kaki kakPating kebas dan mata pun dah makin kabur tapi power sikit je. 2 hari untuk check segala bagai darah, blood pressure, urine dalam keaadan stabil. 

Immunosuppresif
Bagi sesetengah pesakit yang buah pinggang dan sistem saraf pusatnya terjejas oleh SLE, sejenis ubat yang dipanggil immunosuppresif mungkin digunakan. Jenis-jenis immunosuppresif, seperti Cyclophosphamide (Cytoxan) dan mycophenolate mofetil (CellCept), bertindak menghalang sistem imun yang terlalu aktif dengan menyekat pengeluaran antibodi. Immunosuppresif boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan atau secara infusi (drip). Kesan sampingannya ialah loya, muntah, gugur rambut, masalah pundi kencing, kurang kesuburan, risiko untuk mendapat kanser, serta senang mendapat jangkitan. Kesan sampingan akan lebih ketara jika penggunaan ubat ini d…

Repost : Homemade Almond Milk

Image
Bismillah.

Baru ni OvenNini ada share yang untuk yang autoimun terutama eczema, yang mesti betulkan usus dulu. Untuk pulihkan balik usus tu ada macam cara lah. Antaranya makanan Gluten free. Susu pun ada yang animal-based dan plant-based. Paling elok plant-based yang tak mengganggu prosed penghadaman. Susu haiwan tu sepatutnya ok je. Ada kriteria yang baik. Susu kambing, susu unta pun bagus. Cuma susu lembu ikut cara pemakanan. Ni kena tanya yang lebih pakar. Jangan kecam kakpating missGugel pulok doh ye ekeke.
SUSU (plant-based)

almond milkcoconut milkrice milkcashewnut milksunflower milk
Nialmond milk buat tahun 2013. Memang best je rasanya.



Lepas blend sesi memerah

Hasil dari 2 gelas badam

Sedia.masuk peti ais
Untuk anak-anak, ok lah tapi untuk kakpating, kena pilih yang low Omega-6. SLE dan omega-6 tanak kawan pulak dahhh haha.

Fakta Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

Image
Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) : Panduan untuk Pesakit
Fakta Ringkas
Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki. Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami. Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.

Apakah SLE?

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan…